Friday 22 August 2014

Posted by Unknown On 08:17
Bismillah… Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Saya doakan agar kalian semua sihat sejahtera di bawah payung rahmat Allah.

Harini entri saya mengisahkan pengalaman saya sendiri  yang hidup dalam kegemukan sejak dari kecil.
 
Nama       : SUHANA BT KAWI
Umur        : 32 TAHUN
Pekerjaan: GURU MARA
Status      : BERKAHWIN/ 2 ORANG ANAK, 3 TAHUN DAN 1 
                  TAHUN 4 BULAN Fully breastfeed Mom
Hobi        : MEMASAK, JALAN-JALAN CARI MAKAN, BACA  
                                                                 BUKU, BERSUKAN TENIS, PINGPONG, BOLA         
                                                                 TAMPAR, AEROBIK)

Obes bermula : masa saya berumur  10 tahun. Tak pernah turun konsisten menaik sehingga umur 25 tahun kepada 90 kg. Faktor genetik, faktor persekitaran keluarga, faktor tiada ilmu kesihatan menyumbang kepada kegagalan saya menurunkan berat badan.

Monday 18 August 2014

Posted by Unknown On 07:54

Meal Shakes merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes ini mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.  


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

Monday 11 August 2014

Posted by Unknown On 07:56


Assalamualaikum,

Apa khabar semua?

Semoga anda kaya dan berjaya, diberikan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
Saya yakin, ramai di antara kita yang mempunyai anak, anak saudara, adik, anak jiran yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua koleksi soalan UPSR Peringkat Negeri satu Malaysia.

Sunday 10 August 2014

Posted by Unknown On 05:47
26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Saturday 2 August 2014

Posted by Unknown On 20:19

Bismillah.. 

Salam Aidilfitri sahabat-sahabat sekalian. Saya doakan agar sahabat-sahabat semuanya sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga dan sanak saudara. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman selama 8 tahun menyimpan cyst yang tumbuh di ovari kiri saya. 

Sejak kali pertama kedatangan haid seusia saya 14 tahun, setiap bulan saya akan merana terseksa menanggung kesakitan senggugut atau period pain. Saya akan muntah-muntah, sakit pangkal ari-ari, sakit pinggang dan cirit birit. Saya akan berguling-guling menahan kesakitan, berpeluh-peluh, menangis sahaja sepanjang hari, baring dan tidur, disertai aliran darah yg sangat banyak. Sehari dalam setiap bulan adalah hari ngeri buat saya. Saya takut nak hadapinya setiap bulan. Namun saya tak mampu nak menahannya.