Monday 29 September 2014

Posted by Unknown On 01:50
Assalamualaikum..

Istimewa buat rakan-rakan semua. Saya doakan agar kalian semua sihat sejahtera di bawah payung rahmat Allah. Salam kekayaan dari saya buat rakan-rakan sekalian... 

Alhamdulillah, hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang kursus LUA baru-baru ini pada 22/9/2014 sehingga 24/9/2014 di Bukit Merah Laketown, Perak. Kursus ini dianjurkan oleh syarikat korporat TNB untuk menghargai jasa-jasa pekerjanya. Saya adalah antara peserta yang bertuah kerana dapat menghadiri kursus seperti ini. Terima kasih TNB... 



Apa itu LUA?

Law of Universal Attraction ( LUA ) atau Hukum Tarikan Universal ialah satu hukum Tuhan yang menjelaskan, 'sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal' ( Zuhairi Nopiah ).


Untuk pengetahuan rakan-rakan.. Saya juga pernah berimpian untuk memiliki sebuah kereta Proton Exora berwarna putih. Setiap hari mulut saya akan cakap 'Exora, Exora, dan Exora'. Hampir setahun saya berzikir sebegitu. Sehingga lah pada bulan Jun 2014 baru-baru ini keluarlah kereta Exora saya siap berwarna putih lagi. Amazing bukan. waktu itu saya tidak tahu pun dengan konsep LUA ini.. Kalau saya tahu, sudah tentu saya akan sebut 'Vellfire, Vellfire, Vellfire'. Hehehe....


Di sini saya juga ingin kongsikan pengalaman isteri saya dalam konsep Hukum Tarikan Universal ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, isteri saya melahirkan anak pertama kami Darwisya Daheyah secara cesear. Walaupun semasa itu bukaanya telah pun hampir kepada 8 cm. Doktor pakar sakit puan mengesahkan tiada harapan untuk isteri saya bersalin secara normal kerana memiliki tulang pinggul kecil ( CPD ). Betapa hampa dan kecewanya isteri saya kerana tidak dapat merasai sendiri pengalaman bersalin normal seperti wanita lain di luar sana. Secara ringkasnya semasa hamil anak kedua kami Daneesya Dhyasara, isteri saya tekad untuk bersalin secara normal. Pelbagai perkara telah dilakukannya. Nak tahu tak apa yang isteri saya buat? ( nanti saya akan ceritakan pengalaman isteri saya dalam entri berikutnya ). Akhirnya, pada 13/03/2013 lahirlah anak kedua kami secara normal.

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

Betapa besarnya kuasa yang Allah telah berikan kepada hambaNya jika kita yakin dengan Nya..

Menakjubkan bukan. Dalam sedar dan tidak sedar, kita telah pun menggunakan konsep LUA ini di dalam kehidupan dan persekitaran di sekeliling kita.


Apa yang kita FIKIR, Apa yang kita LIHAT, Apa yang kita CAKAP,
Apa yang kita DENGAR, Apa yang kita RASA, Apa yang kita BUAT,
Semuanya adalah DOA..



Hadis Qudsi juga menyatakan :

"Allah menyatakan yang Dia bertindak sama dengan sangkaan hambanya. Sekiranya kita bersangka baik, Allah akan memberikan perkara yang baik baik kepada kita. Begitu lah juga sebaliknya".




Sepanjang 3 hari 2 malam berkursus LUA di sana, banyak ilmu yang saya telah pelajari bersama rakan-rakan seperjuangan saya. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain, kami tetap mempunyai matlamat yang sama untuk menghadiri kursus LUA ini. Ini lah detiknya penghijrahan kami dari kehidupan yang biasa-biasa kepada yang Luar Biasa...


Kejutan di pagi hari.. hehehe... 

Saya tidak menyangka akan bertemu sekali lagi dengan motivator saya saudara Zuhairi Nopiah atau panggilan manjanya Ateh ( sebut secara 6 harakat. hehehe ) bersama isteri beliau Kak Aisyah Sweet gitewww. Walaupun saya tahu beliau ada urusan sebelum itu di Shah Alam, tetapi beliau sanggup juga datang ke Bukit Merah Laketown untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu LUA kepada kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baiknya..


Sebelum saya berbicara dengan lebih mendalam, marilah saya perkenalkan dahulu barisan-barisan hebat yang telah membantu dan memberi inspirasi kepada kami tentang pengalaman mereka sepanjang kami berkursus LUA baru-baru ini.. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu dari anda semua. Anda semua memang hebat. Bagussssss

                               Mohd Norsham Mohd Sapian    Raja Mohd Zulkifli Raja Said
                                                ( Angah )                                    ( Abg Raja )

Pada hari pertama, kami telah ditanya tujuan utama kami untuk mengikuti program ini. Pelbagai lontaran jawapan dikemukakan oleh kami kepada saudara Ateh. Dan kesemuanya adalah Baguusssss ( bak kata ateh ). Bagi saya, tujuan utama saya datang adalah kerana Allah. Dan yang keduanya, saya nak jadi Jutawan yang bertaqwa supaya saya dapat membantu lebih ramai lagi insan di luar sana.

Mentor saya Master Mohd Firdaus Mat Saad juga pernah berpesan..

"Kalau Hangpa Nak Kaya, Hangpa Kena Bantu Orang Lain Dulu Jadi Kaya. Barulah Hangpa TERPAKSA Jadi Kaya"


Kami juga telah diajar bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya. Untuk berjaya kita perlulah...

  1. Ada Impian
  2. Menulis Impian
  3. Selalu Membayangkan Bahawa Kita Sudah Berjaya


"Tulislah impian anda secara nyata, jangan tulis di dalam minda kerana ia pasti lupa"



Sepanjang kursus, ini lah kali pertama saya tidak duduk diam. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama-sama bagi memberi peluang kepada saya untuk merasai dan memahami dengan lebih dalam lagi konsep LUA ini.

Apa itu Teknik Kinesiology ?

Teknik Kinesiology ini sebenarnya digunakan oleh pengamal perubatan untuk menentukan bahagian-bahagian badan pesakit yang bermasaalah. Di sini saya hanya ingin kongsikan, dengan teknik ini juga ia sebenarnya dapat mempengaruhi seseorang. Ini kerana gelombang-gelombang positif dari sekeliling kita akan meningkatkan kekuatan kepada diri kita untuk bersikap lebih positif. Contohnya, jika kita ingin menjadi jutawan orang disekeliling kita juga mestilah mempunyai impian dan matlamat yang sama supaya momentum kita untuk menjadi jutawan tidak akan luntur.


Tips yang sangat berguna untuk kita semua, jika mahu mencipta kejayaan!!...
  1. Jangan Takut Kalah
  2. Sentiasa Berfikir Kita Yang Hebat
  3. Kawal Emosi
  4. Muhasabah Diri

Apa yang anda perlu tahu adalah, setiap insan yang lahir di muka bumi ini sebenarnya adalah orang yang telah berjaya. Diri kita sendiri yang telah mencipta kejayaan sejak dari rahim ibu kita lagi. Jadi setiap dari kita memang pasti akan berjaya. Bagaimana? Bila? Dimana? bergantung kepada diri kita sendiri untuk tentukannya kerana perkara yang paling susah dari susah adalah untuk BERUBAH... renung-renumgkan lah..


Di sebelah petang pula, kami semua melakukan aktiviti riadah bersama-sama. Kerjasama berpasukan, mendengar arahan ketua, kretiviti, fokus dan ketetapan masa akan menentukan kejayaan yang ingin kita nikmati.



Saya takut air!!

Hehehe.. bukan takut mandi tau! Alkisahnya bermula sejak kecil, di mana saya pernah hampir lemas semasa seronok bermain di sungai. Alhamdulillah.. Syukur kerana saya sempat berpaut pada sebatang kayu dan diselamatkan oleh saudara saya. Itu lah kebesaran Allah kerana masih lagi memberi kasih sayangnya kepada saya. Sejak itu saya memang takut untuk berenang dan menyelam. Hehehe.. berendam boleh laaa.

Semasa kursus LUA ini, saya telah dicabar untuk melakukan cabaran yang telah disediakan dalam cabaran water confident. Saya tanpa berlengah lagi cuba untuk mengimplementasikan ilmu LUA yang telah diajar supaya berfikir secara positif. Keyakinan kepada Allah dan rakan-rakan sekeliling memberi satu peluang kepada saya untuk buktikan yang saya juga boleh lakukannya. Biar gambar yang berbicara... hehehe
* (Terima kasih kepada Kak Yong, Gambar memang terbaikkkkk)



Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Insyaallah entri saya yang seterusnya nanti saya akan ceritakan perkongsian dari rakan-rakan saya dalam aktiviti sharing is caring.



Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ya! Terima Kasih Semua!

Sebelum itu, saya telah sediakan klip video dan gambar-gambar aktiviti yang kami lakukan sepanjang kursus LUA ini. Selamat berhibur...

                                     


Gambar Kenangan







3 comments:

  1. Satu perkongsian yang menarik Tuan Azlan :)

    ReplyDelete
  2. menariknya seminar LUA bersama ateh ni!

    ReplyDelete
  3. menarik.. saya pun sedang menghabiskan pembacaan buku LUA Ateh ni...

    ReplyDelete