Saturday, 2 August 2014

Posted by Suhana Kawi On 20:19

Bismillah.. 

Salam Aidilfitri sahabat-sahabat sekalian. Saya doakan agar sahabat-sahabat semuanya sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga dan sanak saudara. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman selama 8 tahun menyimpan cyst yang tumbuh di ovari kiri saya. 

Sejak kali pertama kedatangan haid seusia saya 14 tahun, setiap bulan saya akan merana terseksa menanggung kesakitan senggugut atau period pain. Saya akan muntah-muntah, sakit pangkal ari-ari, sakit pinggang dan cirit birit. Saya akan berguling-guling menahan kesakitan, berpeluh-peluh, menangis sahaja sepanjang hari, baring dan tidur, disertai aliran darah yg sangat banyak. Sehari dalam setiap bulan adalah hari ngeri buat saya. Saya takut nak hadapinya setiap bulan. Namun saya tak mampu nak menahannya. 


Boleh dikatakan setiap bulan WAJIB sehari tak datang ke sekolah. Sekiranya saya senggugut di sekolah saya juga tak dapat belajar dan cikgu akan bagi saya painkiller dan pergi berehat di bilik sakit. Setiap bulan cara saya atasi kesakitan senggugut adalah dengan memakan painkiller. Itulah peneman saya setiap bulan. Saya langsung tidak memikirkan kesan jangka panjang. Mak dan arwah abah pernah berikhtiar dengan cara tradisional untuk ubati senggugut saya namun masih tidak baik.Saya juga pergi berjumpa doktor dan doktor akan bagi PONSTAN sejenis painkiller. Rawatan untuk tahan sakit yg bersifat sementara. 


Sehinggalah semasa saya tahun pertama di USM pada tahun 2001, semasa cuti semester saya tiba-tiba mengalami kesakitan di pangkal ari-ari yg sangat teruk. Saya makan painkiller masih tak hilang sakit. Pergi berjumpa Doktor di klinik swasta untuk mendapat cucuk penahan sakit tapi masih juga saya sakit. Mak dan kakak ipar sangat risaukan saya sebab saya sakit perut bukan beserta darah haid. Saya di hantar ke WAD KECEMASAN Hospital Tg Ampuan Rahimah Klang. Semalaman saya berada di ward. 

Akhirnya selepas melalui beberapa rawatan dan ujian air kencing serta ultra sound masih lagi tidak mendapat jawapan yg konkrit. Soalan seorang doktor yg tidak akan saya lupakan adalah..."kamu ada boyfriend tak?".saya jawab,saya tiada boyfriend dan tak pernah mengadakan hubungan seks. Doktor menunjukkan imej bulat di skrin..ini macam kepala baby umur 3bulan.Dan beliau terus menyelar saya,dia katakan SITI MARYAM DALAM DUNIA NI ADA SEORANG AJE. MASAKAN KAMU MENGANDUNG TANPA AYAH. Tersentap saya seketika. Dalam kepala terfikir2 pelbagai soalan. Adakah aku dirogol jin? Adakah aku menjadi ibu tumpangan orang bunian? Namun saya yakin dengan diri saya. Alhamdulillah ujian air kencing menunjukkan negatif. 



Seorang doktor pakar membuat ujian susulan. Dan beliau menyatakan ada CYST di ovari saya. Pembedahan segera mesti dilakukan. Namun apa yg mengejutkan saya doktor menyatakan  turut membuang ovari kiri saya kerana cyst saya sangat besar. Sebesar bola tenis. Doktor takut ia akan pecah dan membahayakan nyawa saya serta berisiko menjadi kanser. Terpacul soalan dari saya...saya boleh mengandung tak? Doktor cakap masih boleh kerana saya punyai satu lagi. Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan saya pada masa itu. Seolah-olah gelap masa depan walaupun doktor bagi harapan. Terus teringat, semasa saya tingkatan 2 saya sakit perut tanpa keluar haid namun bertahan dengan memakan painkiller. Selama 8 tahun menyimpan cyst dan saya selalu rasa nyilu di pangkal ari-ari dan megeluarkan keputihan yg banyak. Alhamdulillah..pembedahan berjaya dilakukan dan perut saya dipotong secara menegak. Dan Doktor menyatakan ia bukan kanser tetapi OVARIAN CYST. 


Cabaran saya bukan berhenti setakat itu sahaja tapi sehingga saya mahu berkahwin dan sudah berkahwin. InsyaAllah saya akan ceritakan pada entry yg akan datang. Namun di sini ingin saya nasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana. Usahlah bergantung dengan pain killer. Elakkan ambil mudah dengan sakit senggugut. Kerap buat pemeriksaan doktor. Rawat awal sebelum parah. Kalaulah saya dah kenal SHAKLEE masa dulu kemungkinan saya tak perlu membuang OVARY dan Cyst. Dengan GLA COMPLEX insyaAllah senggugut hilang dan Cyst akan mengecut. Namun itu takdirNya. Kisah saya ini jadikan pengajaran dan saya tak mahu wanita-wanita di luar sana kehilangan aset bernilai kerana tidak bijak mencari solusi terbaik. 





Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ye! Terima Kasih Semua!


Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.

Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana

0 comments:

Post a Comment