Bismillah… Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Saya doakan agar
kalian semua sihat sejahtera di bawah payung rahmat Allah.
Harini entri saya mengisahkan pengalaman saya sendiri yang hidup dalam kegemukan sejak dari kecil.
Nama : SUHANA
BT KAWI
Umur : 32 TAHUN
Pekerjaan: GURU MARA
Status : BERKAHWIN/ 2 ORANG ANAK, 3 TAHUN
DAN 1
TAHUN 4 BULAN Fully breastfeed Mom
TAHUN 4 BULAN Fully breastfeed Mom
Hobi : MEMASAK,
JALAN-JALAN CARI MAKAN, BACA
BUKU, BERSUKAN TENIS, PINGPONG, BOLA
TAMPAR, AEROBIK)
BUKU, BERSUKAN TENIS, PINGPONG, BOLA
TAMPAR, AEROBIK)
Obes bermula : masa saya berumur
10 tahun. Tak pernah turun konsisten menaik sehingga umur 25 tahun
kepada 90 kg. Faktor genetik, faktor persekitaran keluarga, faktor tiada ilmu
kesihatan menyumbang kepada kegagalan saya menurunkan berat badan.
Arwah abah,3 orang abang saya dan adik semua obes belaka. Cuma mak
yang kurus. Menu dan jadual pemakanan keluarga kami tidak teratur dan
seimbang. Oleh kerana kami dari keluarga susah, menu telur goreng, ikan bilis
goreng digaul dengan sisa2 minyak ikan masin. Ditambah kicap.ulam bawang merah
mentah.Itu semua pembangkit selera. Dan kami adik beradik akan makan sungguh2.
Makan nasi banyak2. Hujung minggu atau hujung bulan baru merasa makan ayam.
Kami akan makan banyak2.Kami adik beradik berlumba-lumba dan bersaing untuk
makan cepat-cepat dan boleh tambah banyak2.
Masa sekolah rendah, mak bekalkan nasi. Balik sekolah makan nasi
lagi.petang selepas fardhu ain makan nasi lagi, malam selepas mengaji makan
nasi lagi. Saya membesar dengan nasi.nasi dan nasi. Saya memang tidak minum air
manis, ais krim dan makanan ringan tapi saya hanya makan nasi.
Mak tak pernah tegur. Baginya dia seronok tengok anak2nya membesar dan berselera makan. Saya
cergas dan bijak semasa sekolah. Lagilah mak tak kisah.
Yang membuatkan saya tak kisah tentang berat badan saya adalah kerana
saya tetap aktif dan kuat bersukan. Saya dapat mewakili USM menjadi kapten pasukan dalam tenis pada kejohanan majlis sukan2
Universiti Malaysia (MASUM) 2 tahun berturut2. Bukan saya tidak berusaha untuk
kurus tapi saya jenis orang yg suka makan. Setiap aktiviti mesti diakhiri dengan makan2 dengan kawan.
Tahun 2008 timbul kesedaran untuk mengubah penampilan diri. Sudah
bosan dengan keadaan fizikal yang HODOH, nampak TUA,Badan BERBAU, CEPAT
BERPELUH,MENGAH. Sudah tiba masanya saya mencari jodoh. Namun untuk mencari
jodoh saya mesti berusaha menjadikan saya cantik dipandang. Sebab saya banyak
lalui pengalaman direject lelaki..kakakkaakakaa.
26 tahun membawa lemak, akhirnya masuk umur 27 tahun saya berjaya
menurunkan berat badan kepada 68kg. Itu adalah keadaan fizikal saya semasa saya
berkahwin. Saya berjogging dan kawal pemakanan.Tanpa supplement tambahan. Agak
lambat turun. Kulit tak berapa cantik.
Langit tidak selalu cerah, selepas bersalinkan anak sulung berat
badan saya tak turun2..malah lagi berat dari semasa mengandung. Saya habiskan
beribu2 ringgit untuk membeli ubat kurus ekspres kononnya. Dah beli stok
banyak2 tiba-tiba keluar kenyataan produk kurus ekspres ni boleh mengancam
nyawa..Nak cepat punya pasal soal nyawa boleh digadaikan. Ya Allah, patutlah
semasa saya memakan produk2 ini, saya tak boleh tidur malam, degupan jantung
saya bergerak laju, saya mudah berdebar2, saya punyai masalah kehausan yg
tinggi, bibir kering.
Allah bagi peluang kedua, hamil anak kedua dan habis pantang saya
mengamalkan set berpantang dan menyusu SHAKLEE. Saya turun berat badan hampir
15kg.
Mimpi ngeri bermula kembali apabila saya mengambil ubat perancang.
Dalam tempoh sebulan,berat badan saya naik 5kg. Semua baju kerja saya yang
dahulu saya berikan pada anak murid saya. Bermula operasi membeli baju2 baru yg
bersaiz XXL.
Semasa saya menyertai FAMILY DAY Legasi Anugerah Terindah bersama
Master Nur Zahirah, saya sedikit rasa
rendah diri dek kerana master2 saya
semuanya kurus. Bila bergambar nampak sangat ketara badan saya sangat gemuk.
Dalam hati berbisik…”kau jual produk kesihatan dan kecantikan tapi kau sendiri
gemuk dan tak cun”. Setepek!!
Saya mula join Group Cabaran IDEAL WEIGHT bila saya menyibukkan diri
mendengar perbualan antara master Firdaus dan Abang ketak. Fuhhhh…Master telah convertkan GROUP FAMILY DAY kepada
GROUP CABARAN IDEAL WEIGHT.
1 April bermula perjalanan GCIW yang sangat HAPPENING dan AURA
POSITIF sangat kuat.level energy sangat tinggi.
Buat secara Jemaah dan ahli2 yang menyokong memang lagi mudah untuk
kita ubah minda kita. Semuanya adalah berkait rapat dengan cara minda kita
berfikir bagaimana untuk kurus dan menggerakkan fizikal kita untuk bertindak.
Dibantu pula setiap ahli berkongsi
tips senaman dan cara masak
resepi sihat. Info2 berguna.penuh dengan ilmu. Apa yang lagi penting adalah
kami mengambil supplement dengan disiplin dan kami faham khasiat set kurus.
Walaupun kami duduk berjauhan antara satu sama lain namun, laporan setiap hari mengenai menu sarapan,lunch dan dinner serta apa aktiviti senaman harian membuatkan kami bersaing secara sihat. Kadang2 Zumba, aerobic, lunjes dan squad dibuat pada waktu yg sama padahal tinggal di tempat yg berbeza. Seolah2 kami bersenam bersama2.
Saya sangat gembira berada dalam group eksklusif ini kerana,
ahli-ahlinya sangat POSITIF dan SUPPORTIVE, kami punyai
TRAINER yg pakar dalam bidang senaman dan pemakan sihat. Setiap hari mendapat
ilmu baru.
Perubahan ketara bila saya berada dalam group superb
ini adalah. Saya LEBIH BERDISIPLIN, saya LEBIH faham ERTI SIHAT SEPANJANG
HAYAT, saya lebih MENGHARGAI KESIHATAN DIRI SAYA, saya lebih BERTANGGUNGJAWAB
menjaga KESIHATAN DIRI DAN FAMILY, saya
lebih faham dengan lebih dalam mengenai supplement terbaik, saya lebih BIJAK
MENGATUR DIET SEHARIAN Dan memasak MENU yg lebih SIHAT. Saya LEBIH SERONOK
BERSENAM. saya BERJAYA KAWAL NAFSU MAKAN dengan hanya MENGAWAL MINDA saya.
Bermula dari APRIL hingga pertengahan JULAI. Saya
turun 10kg tanpa tertekan dan saya sihat.Saya cergas, aktif. Masih menyusukan
anak. Langsung tidak menjejaskan pengeluaran susu badan. Apa yang
penting….suami semakin sayang…….
Kepada insan2 di luar sana yang SELALU GAGAL DALAM
PROSES MENURUNKAN BERAT BADAN, marilah sertai kami. Kurus secara sihat dan
selamat. InsyaAllah bukan setakat badan kurus, ilmu pun dapat, hidup sihat, dan dapat
memberi inspirasi kepada orang lain.
Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ye! Terima Kasih Semua!
Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.
Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana
Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.
Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana
0 comments:
Post a Comment