Assalamualaikum,
Buat tatapan rakan-rakan sekalian. semoga anda dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik. Ini adalah antara koleksi yang pernah menjadi " viral di FB " baru-baru ini. Saya kemaskan lagi entry ini bagi memudahkan rakan-rakan menghayatinya dengan lebih baik lagi.. Semoga ianya dapat memberi manfaat untuk kita bersama.
Seorg
gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple
nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. so dia
pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya
dgn syarat:
- Lelaki itu kena puasa sepanjang tahun.
- Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari.
- Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali
seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya
bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.
Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu
menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan
"ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin
langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri
kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap
hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya
nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak
pulak !!!"
Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."
Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana
kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab,
" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa
Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6
hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa
Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang
tahun."
Hakim tu tersentak.
"Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari?
Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali
saya sebelum tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al
Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran."
sambil buat senyuman lebar kpd hakim.
Hakim itu makin tergamam.
"Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi senyum.
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda,
barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia
telah beribadah sepanjang malam".....
"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan
kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg
dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita
bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari
akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan
apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya
sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya
beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat
warak tetapi amat berilmu.
Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas........
*
* amalan-amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkannye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..
#Subhanallah
#IslamItuIndah
Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan untuk saya dan seluruh ummat beramal dengan nya...
Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ye! Terima Kasih Semua!
Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan
terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina
empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun
didedahkan khas untuk anda.
Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana
Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana
The Best Casino Sites in TX 2021 - OJO Casino
ReplyDeleteDiscover the best casinos in Texas. Find top offers, 7 포커 current bonuses, 암호 화폐 란 games, 리턴벳 poker games, 승인전화없는 토토사이트 bonuses 룰렛 이벤트 and much more here.