Tuesday, 9 September 2014

Posted by Unknown On 09:13
Assalamualaikum..

Salam Kekayaan dari saya buat teman-teman sekalian... Saya doakan anda semua sihat dan bahagia disamping keluarga yang tercinta. 

Baru-baru ini saya ada membaca sebuah majalah kesihatan. Apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan dalam entri pada kali ini adalah berkenaan dengan penyakit Gout. 

Gout, ia dikatakan eksklusif untuk lelaki kerana jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika berlaku pun, kemungkinannya selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah orang tidak dapat berjalan.


Gout berupaya untuk menggangu kehidupan harian yang normal. Yang paling ditakuti adalah kecacatan sendi dan otot. Selain itu, pesakit juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Serangan gout ini berpunca dari peningkatan kadar usid urik di dalam darah. Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang di panggil tofus. Tofus yang terlalu besar akan menyebabkan pecah dan memengeluarkan bahan seperti kapur. 




Golongan Berisiko..
  1. Jantina - Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90%.
  2. Gaya Hidup - Individu yang banyak minum minuman keras.
  3. Obesiti - Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
  4. Sesetengah Penyakit - Cth: Darah tinggi dan diabetes.
  5. Ubat - Ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi yang boleh meningkatkan paras asid dalam badan.
  6. Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang dari keluarga yang ada masalah gout. 
  7. Umur - 30 Tahun hingga seterusnya.

Amalan DIET Pesakit Gout..

  • Buah Ceri dan straberi didapati mampu mengurangkan asid urik.
  • Elakkan makanan tinggi purin ( sumber protein ).
  • Hadkan pengambilan daging.
  • Kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis.
  • Makan secara sederhana asparagus, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.
  • Banyakkan meminum air dapat membantu proses penyingkiran asid urik.


 Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ya! Terima Kasih Semua!





Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.

Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana 

Saturday, 6 September 2014

Posted by Unknown On 09:04
Assalamualaikum,

Buat tatapan rakan-rakan sekalian. semoga anda dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik. Ini adalah antara koleksi yang pernah menjadi " viral di FB " baru-baru ini. Saya kemaskan lagi entry ini bagi memudahkan rakan-rakan menghayatinya dengan lebih baik lagi.. Semoga ianya dapat memberi manfaat untuk kita bersama.

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat: 
  1. Lelaki itu kena puasa sepanjang tahun.
  2. Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari.
  3. Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari. 
Tak ada seorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut. 


Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu. "Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?" "Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..." "Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?" 

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya" "Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim. 

Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?" "Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut. 

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?" pemuda tu selamba jawab, "buat." Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?" Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!" 

Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?" "Tak." Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?" 

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun." Hakim tu tersentak. 



"Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa. Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim. Hakim itu makin tergamam. 

"Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?" Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam".....

"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. 

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia. 

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..." Si suami tersenyum puas........

* * amalan-amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkannye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama.. 

#Subhanallah
#IslamItuIndah 

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan untuk saya dan seluruh ummat beramal dengan nya...



Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ye! Terima Kasih Semua!

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.

Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana

Friday, 22 August 2014

Posted by Unknown On 08:17
Bismillah… Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Saya doakan agar kalian semua sihat sejahtera di bawah payung rahmat Allah.

Harini entri saya mengisahkan pengalaman saya sendiri  yang hidup dalam kegemukan sejak dari kecil.
 
Nama       : SUHANA BT KAWI
Umur        : 32 TAHUN
Pekerjaan: GURU MARA
Status      : BERKAHWIN/ 2 ORANG ANAK, 3 TAHUN DAN 1 
                  TAHUN 4 BULAN Fully breastfeed Mom
Hobi        : MEMASAK, JALAN-JALAN CARI MAKAN, BACA  
                                                                 BUKU, BERSUKAN TENIS, PINGPONG, BOLA         
                                                                 TAMPAR, AEROBIK)

Obes bermula : masa saya berumur  10 tahun. Tak pernah turun konsisten menaik sehingga umur 25 tahun kepada 90 kg. Faktor genetik, faktor persekitaran keluarga, faktor tiada ilmu kesihatan menyumbang kepada kegagalan saya menurunkan berat badan.

Monday, 18 August 2014

Posted by Unknown On 07:54

Meal Shakes merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes ini mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.  


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

Monday, 11 August 2014

Posted by Unknown On 07:56


Assalamualaikum,

Apa khabar semua?

Semoga anda kaya dan berjaya, diberikan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
Saya yakin, ramai di antara kita yang mempunyai anak, anak saudara, adik, anak jiran yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua koleksi soalan UPSR Peringkat Negeri satu Malaysia.

Sunday, 10 August 2014

Posted by Unknown On 05:47
26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Saturday, 2 August 2014

Posted by Unknown On 20:19

Bismillah.. 

Salam Aidilfitri sahabat-sahabat sekalian. Saya doakan agar sahabat-sahabat semuanya sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga dan sanak saudara. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman selama 8 tahun menyimpan cyst yang tumbuh di ovari kiri saya. 

Sejak kali pertama kedatangan haid seusia saya 14 tahun, setiap bulan saya akan merana terseksa menanggung kesakitan senggugut atau period pain. Saya akan muntah-muntah, sakit pangkal ari-ari, sakit pinggang dan cirit birit. Saya akan berguling-guling menahan kesakitan, berpeluh-peluh, menangis sahaja sepanjang hari, baring dan tidur, disertai aliran darah yg sangat banyak. Sehari dalam setiap bulan adalah hari ngeri buat saya. Saya takut nak hadapinya setiap bulan. Namun saya tak mampu nak menahannya. 

Thursday, 20 February 2014

Posted by Unknown On 20:47

Selamat datang

SHAKLEE..ALWAYS SAFE, ALWAYS GREEN, ALWAYS WORK

Kepakaran saya adalah membantu anda menjadi LEBIH SIHAT,LEBIH CANTIK,LEBIH BERTENAGA,LEBIH CERIA,LEBIH BERJAYA, LEBIH BAHAGIA DUNIA AKHIRAT...