Tuesday 9 September 2014

Posted by Unknown On 09:13
Assalamualaikum..

Salam Kekayaan dari saya buat teman-teman sekalian... Saya doakan anda semua sihat dan bahagia disamping keluarga yang tercinta. 

Baru-baru ini saya ada membaca sebuah majalah kesihatan. Apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan dalam entri pada kali ini adalah berkenaan dengan penyakit Gout. 

Gout, ia dikatakan eksklusif untuk lelaki kerana jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika berlaku pun, kemungkinannya selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah orang tidak dapat berjalan.


Gout berupaya untuk menggangu kehidupan harian yang normal. Yang paling ditakuti adalah kecacatan sendi dan otot. Selain itu, pesakit juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Serangan gout ini berpunca dari peningkatan kadar usid urik di dalam darah. Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang di panggil tofus. Tofus yang terlalu besar akan menyebabkan pecah dan memengeluarkan bahan seperti kapur. 




Golongan Berisiko..
  1. Jantina - Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90%.
  2. Gaya Hidup - Individu yang banyak minum minuman keras.
  3. Obesiti - Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
  4. Sesetengah Penyakit - Cth: Darah tinggi dan diabetes.
  5. Ubat - Ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi yang boleh meningkatkan paras asid dalam badan.
  6. Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang dari keluarga yang ada masalah gout. 
  7. Umur - 30 Tahun hingga seterusnya.

Amalan DIET Pesakit Gout..

  • Buah Ceri dan straberi didapati mampu mengurangkan asid urik.
  • Elakkan makanan tinggi purin ( sumber protein ).
  • Hadkan pengambilan daging.
  • Kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis.
  • Makan secara sederhana asparagus, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.
  • Banyakkan meminum air dapat membantu proses penyingkiran asid urik.


 Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ya! Terima Kasih Semua!





Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.

Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana 

0 comments:

Post a Comment