Suatu malam seorang lelaki bermimpi... Di dalam mimpinya seekor singa
mengejarnya. Lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok
besar. Tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi.. dia
memandang ke bawah..singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok
itu.
Kemudian lelaki itu menoleh ke sebelah pada pangkal dahan itu ada dua
ekor tikus. Seekor putih dan seekor hitam. Sedang mengelilingi dahan
tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut. Pasti!! Tidak lama lagi
dahan itu akan patah dan jatuh.
Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat
menjeling ke bawah. Bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang
besar sedang mengangakan mulutnya. Ular itu benar-benar berada di bawah
tempatnya duduk... Andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu
dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.
Di dalam kegelisahannya dia memandang ke atas, mencari kalau2 ada dahan
yang lebih kukuh untuk dia berpaut. Tiba- tiba dia terpandang dahan
diatas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan
madunya. Beberapa titis madu menitis dari sarang itu. Lelaki itu tertarik
dan teringin untuk merasai madu itu. Dijelirnya lidahnya dan dapatlah dia
merasai madu yang menitis dari sarang lebah itu.
Wau,sedap! Hatinya berbunga riang.dia ingin menikmati lebih banyak lagi
madu,semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya
yang sedang menantinya.
Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang
menggigit dahan tempatnya duduk, pada ular besar yang sedang menanti
untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya di bawah.
Tiba-tiba
dahan tempat duduknya patah. Pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya
yang sedang menantinya. Lelaki itu terjaga dari tidurnya...
Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan
maksud mimpinya.
Orang alim itu berkata " singa itu adalah kematian
kamu. Ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi. Dua tikus hitam
dan putih adalah siang dan malam. Hitam adalah malam. Putih adalah siang
yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian. Ular
hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu. Kubur
yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu di kebumikan.
Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu yang menitis itu
adalah kemewahan dunia.
Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan
dunia dan ia amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita
untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan
serta kemanisan dunia. Kita lupa tentang masa yang berputar, kita lupa
tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti
dan memanggil...
Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih
baik. Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat
untuk bekalan untuk bertemunya.
Tidak salah andai kita ingat mengingati... Selepas baca forwardslah agar ia
boleh menjadi panduan dan peringatan bersama...
Jika
anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share ye! Terima Kasih Semua!
Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.
Dapatkan buku hebat ini sementara ia masih PERCUMA di
www.ebookniaga.com/sorryboss/suhana
A gambling addiction to gambling - DrMCD
ReplyDeleteThe problem began with a gambler who went gambling 제주도 출장샵 online and 여수 출장샵 found he had a gambling addiction. He was arrested 경기도 출장샵 and 창원 출장샵 charged with gambling, Jul 18, 2021 · Uploaded by drmcd 나주 출장마사지